Mengenai Kami

Visi & Misi

Visi

Menjadi koperasi terunggul dan penjana sosio-ekonomi anggota di Malaysia.

Misi

Memantapkan dan mempelbagaikan aktiviti perniagaan dengan menerapkan budaya berdaya saing bagi meningkatkan keuntungan Koperasi dan taraf sosio-ekonomi anggota.

Nilai-Nilai Korporat

Pengenalan Ringkas

Pada 09 November 1988, satu mesyuarat diadakan bagi menentukan jawatankuasa koperasi. 10 Disember 1988, jawatankuasa telah dibentuk yang merupakan pengasas dan beberapa orang kakitangan LKTNS. 

Koperasi Serbaguna Kakitangan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah Berhad telah ditubuhkan dan didaftar pada 19hb September 1989 di Sandakan, Sabah dengan nombor pendaftaran RCS475/89. Mesyuarat Agung Tahunan yang pertama diadakan pada 15hb Oktober 1989 di Pejabat Wilayah Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) Tawau.

 

Berikut adalah jawatankuasa yang telah dibentuk:
Pengerusi : Encik Salim Mohammad
Timbalan Pengerusi : Tuan Haji Mohd Zain Haji Idris
Bendahari : Encik Lin Fan Chung
Setiausaha : Encik Noor Salleh Haji Tamanong
Anggota Lembaga Koperasi :

1) Encik Azamshah Mohd Suhaily
2) Tuan Haji Jilis Ismail
3) Encik Jhuvaari @ George Majid
4) Encik Adalbert Kinson
5) Encik Musa Abdul Rahman
6) Encik William Kung Kuan Hao 

Bertukar Nama Baru

Pada tahun 2000, nama Koperasi telah ditukar kepada Koperasi Serbaguna Kakitangan Sawit Berhad dan kemudian pada tahun 2010 sekali lagi nama Koperasi ditukar kepada nama Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Berhad.

Ahli- ahlinya dianggotai oleh kakitangan di bawah Syarikat Kumpulan Sawit Kinabalu Sendirian Berhad dan anak syarikatnya, Kakitangan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) dan juga kakitangan tetap yang berkhidmat sepenuh masa dengan Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Berhad (KKSKSB).

Sepanjang 33 tahun beroperasi, Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Berhad telah mendapat beberapa anugerah iaitu :  

 

No

Tahun

Peringkat

Anugerah

1

1996

Negeri

Anugerah Koperasi Berdaya Maju

2

1996

Kebangsaan

Anugerah Kualiti Koperasi

3

1999

Negeri

Anugerah Kualiti Koperasi

4

2003

Negeri

Anugerah Ketua Menteri Sabah

5

2004

Kebangsaan

Calon Anugerah Kualiti Perdana Menteri Malaysia Kategori Sosio Ekonomi

6

2013

Negeri

Koperasi Terbaik Kategori Fungsi Perkhidmatan

7

2015

Kebangsaan

Koperasi Terbaik Malaysia di Kedudukan ke-16

8

2018

Kebangsaan

Koperasi Terbaik Malaysia di Kedudukan ke-56

9

2018

Negeri 

Koperasi Kluster Besar Negeri Sabah

Berjaya tersenarai dalam 100 koperasi terbaik di Malaysia.

Pada tahun 2022, Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Berhad mendapat tempat ke-44 kategori koperasi terbaik nasional. 

Pada tahun 2021, KKSKSB telah dianggotai seramai 1,150 anggota dan mengumpul sebanyak, RM1,125,600.00 jumlah saham. Berikut adalah bilangan peningkataan keanggotaan dari tahun 1989 sehingga tahun 2021:

Sertai Kami

Kumpulan Syarikat