Kosawit Petroleum Berhad
Kosawit Petroleum Berhad
Pada tahun 1991, koperasi telah menyewa tapak di LKTNS, pembiayaan stesen minyak ini dibiayai sepenuhnya oleh pihak KKSKSB dengan perbelanjaan sebanyak RM65,482. Dengan menjual minyak diesel sahaja, projek ini telah member keuntungan kepada KKSKSB.
Seiring dengan visi KKSKSB iaitu “menjadi koperasi terunggul dan penjana sosio-ekonomi anggota di Malaysia”. Pada tahun 2015, pihak KKSKSB telah mengambil inisiatif untuk memulakan pembinaan stesen minyak yang kedua di Taman Sawit Balung secara usahasama dengan anggota-anggota koperasi yang berminat dan berkemampuan. Ini merupakan usahasama yang julung kalinya antara koperasi dengan anggota-anggotnya.
24 Mei 2019, Stesen Minyak Kosawit Petroleum Berhad, Lot 1A, Part of CL.105549442 Taman Sawit, Sg Balung Off Jalan Apas, Tawau, Sabah mula dibuka dan beroperasi dari jam 6.30 pagi hingga 10.00 malam.