Khidmat Angkut Buah sawit

Mengangkut buah sawit di ladang

Khidmat pengangkutan buah tandan segar dan tandan kosong ini merupakan perniagaan utama koperasi. Bermula dari sinilah ia mengorak langkah membuka pelbagai premis lain yang ada. Khidmat ini disediakan untuk 6 estet sawit yang dikendalikan oleh Estet Sawit Kinabalu Berhad. Senarai aset seperti dibawah:

  • Balung Estet terdapat 5 lori dan 5 orang pemandu tetap.
  • Sebrang Estet terdapat 2 lori dan 4 pemandu yang mengendalikan kerja di sini.
  • Matamba Estet pula terdapat 2 lori dan 2 pemandu.
  • Kawa Estet ada 3 lori dan 2 pemandu.
  • Boonrich Estet ada 2 lori dan 2 pemandu.
  • Memsuli Estet ada lori dan 2 pemandu.