Kosmart

KOSMART

Koop Sawit Mart atau lebih dikenali sebagai KOSMART merupakan anak syarikat Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Berhad yang telah ditubuhkan pada awal Februari 2018.
Penubuhan KOSMART pada asasnya adalah bertujuan memberi perkhidmatan perniagaan dan membekalkan barangan runcit kepada Ladang-Ladang Syarikat Kumpulan Sawit Kinabalu amnya.

KOSMART – Ladang Kalabakan

Tujuan utama KOSMART sebagai entiti yang dilantik oleh Kumpulan Sawit Kinabalu adalah untuk menyediakan keperluan harian dan makanan asa kepada seluruh warga kerja Ladang di Sawit Kinabalu mengikut Kadar Harga yang paling rendah dan berpatutan, selain memudahkan dan menjimatkan kos pengguna di sekitar dan di dalam kawasan Ladang khususnya.

Sebagai permulaan operasi KOSMART dijalankan di Ladang Kalabakan, Tawau. 25 Mac 2018 dengan rasminya KOSMART pertama telah dibuka dan mula beroperasi di Ladang Kalabakan.

KOSMART – Ladang Sungai Sungai

Setelah hampir setahun mula beroperasi, anak syarikat ini telah sedikit sebanyak menyumbang kepada peningkatan pendapatan Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Berhad (KKSKSB) pada tahun 2018.

Lanjutan daripada aktiviti dan pretasi di Ladang Kalabakan. Kosmart kini melebarkan sayapnya ke Ladang Sungai-Sungai, Sugut di Sandakan. Kosmart Sungai-Sungai telah beroperasi pada 25 Februari 2019.

KOSMART –Ladang Sungai Pin

Lanjutan daripada aktiviti dan pretasi di Ladang Kalabakan, Tawau & di Ladang Sungai-Sungai, Sugut di Sandakan. Kosmart membuka cawangan baru di Ladang Sungai Pin. Kosmart di Ladang Sungai Pin telah beroperasi pada 13 Mac 2019.

KOSMART BALUNG SUPERMARKET

Perkembangan aktiviti perniagaan Kosmart di Borneo Samudera Sdn Bhd – Ladang Kalabakan, Ladang Sungai-sungai dan Ladang Sg.Pin membawa kepada tercetusnya ilham penubuhan Kosmart Balung Supermarket.
Kosmart Balung Supermarket (KBS) yang terletak Taman Sawit Balung, Tawau merupakan kawasan yang pesat dengan aktiviti ekonomi, sosial dan pendidikan juga merupakan kawasan tumpuan masyarakat sekitarnya. Tujuan utama penubuhan KBS adalah sebagai salah satu wadah bagi membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat terutama dalam kalangan anggota.

Selain itu, KBS juga ditubuhkan sebagai salah satu tempat pengumpulan barang (warehouse) sebelum barangan dibekalkan ke Kosmart yang terletak di Ladang-ladang yang lain.
19 JULAI 2021 merupakan detik bersejarah yang merupakan hari pertama pembukaan Kosmart Supermarket. Hal ini bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi anggota dan sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.